Saturday, February 28, 2004

A dinner to Cherish for

It's been a while since i drop by here to pen (?) out something. Always knew that like somethin's missing.

Final training to CRM completed yesterday with a good question yg aku takleh nak jawab. This is the importance of training. To get the insight with all the frontliners, yg mmg directly communicate with end user. Kadang kadang we "engineers" selalunya syok sendiri, develop products without thinking who's gonna use it, on what level of IT literate are they, etc.

Kena sebijik.

Yesterday was also concluded with a superb dinner with dear friends and her. Hilang semua penat penat keje bile dapat jumpe derang. Lama gile rasanya tak dapat dinner sama sama camni. Thanks to Safurah and everyone that turned in for the great idea, great food and a great night. It felt like home.

Home. The dictionary defines home as both the place of origin, and the goal or destination. The final frontier. And all the struggle in this world was about trying to find our way home.

Jum balik.

Thursday, February 26, 2004

Periuk

Another typical day in da office. Tade mende interesting pun, kecuali
produk presentation to GMs yg kensel gile last minutes sedang aku dah pun
prepare segalanya. Camni la nasib kuli.

26 hb dah. And aku tatau bila la gaji aku masuk bulan ni. Kebergantungan terhadap
end of month salary utk org2 makan gaji seperti aku is inevitable. Susah nak jadi
kaya except you're in bussiness.

Kaya. My preferred term is actually financially independent. To have the ability to
provide enough, and at the same time more than adequate savings for the golden era
(if we manage to live that far). Where money is not a constraint to fulfill the
needs of your you and your loved ones.

Heh, berangan.

gile tak best ah blog aku hari ni. Losing touch already?

Ah, inikan cuma, blog.

"tudung periuk pandai menari
tarian anak putera mahkota
kainlah yang buruk berikan kami
buat menyapu si airlah mata
"

Wednesday, February 25, 2004

Delima

Nothing interesting today, except the pleasure to meet quite a number of people from the other side of this world. It gives me a different perspective. Another view for a constructive thinking. In one word, maturity.

Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,


Aku yakin ramai lagi yg boleh perabiskan pantun ni. Meski di zaman nasik lemak ulam pegaga yg dah pun diganti ngan burger. Plus adik aku lak dok bz nyanyi lagu IT, bukan alif ba ta. Still wujud Melayu ni.

Ha, ngapenye ngan pantun ni?

Konsep "hilang di mata, di hati jangan". Nak komen skit. Agak sukar tapi bukan tidak mungkin untuk dipraktikkan. First initial thought was, for me, like all 'engineers' do, always, seeing is believing. But then we still strongly believe in Him, sedang kita tak penah nampak Dia pun.

Bagi aku, the same applies when it comes to human relationship. It's all about learning to let go. Btul, kita cukup takut kehilangan sesuatu (seseorang?) yg kita sayangi. Tapi btul jugak tak kalau aku cakap, korang+aku=kite selalunya lebih menghargai bila kita sudahpun kehilangannya, dalam jangkamasa yg lama or biarpun seketika.

Well, it might not be the ultimate reason. And my God, i'm not pretending to be the tough guy here. It is sad. Period. But it shouldn't mean that we cannot hang on with love and life.

Heh, easier said than done ek?

"There's a difference between, knowing the path, and walking the path."(Morpheus, 2002). In due time, i'm about to actually walking the path.

"Mawar tanjung kenanga melati
hamba taburkan biar berseri.."

Monday, February 23, 2004

Mimpi baru..

It was a good weekend out. Met some of my friends that i haven't seen for quite a while. Felt very refreshing. It's about being comfortable with friends you knew all along. Heh, another typical me with my sentimental issue.

Hijrah. Topik koman dalam tv/radio/ceramah/suratkhabar/blog sejak akhir akhir nie. Tapi, seperti biasa, segalanya seasonal. Seperti semangat dan cinta itu hanya bermusim, berbunga mekar utk seketika je. It shouldn’t be this way. Aku bukan cuba nak jadi idealis. Not even trying to be irritatingly perfect. Aku pun orang cam korang gak.

Mungkin sesetengah dari kite rase mende nih small matter je, kecik kecik anak punya hal. Tapi..

Big deal is a relative term.

Mimpi baru. Mencipta mimpi baru dan mencapainya semula. Mungkin aku perlu focus kat situ, dan biarkan yang lalu terus berlalu. Like people says, “You can’t win ‘em all. This too, shall pass” .Yep. Ok. Thanks Saya. Chaiyyo-chaiiyo!

Oh ya, walaupun mendenya semalam, still, Selamat Tahun Baru.

Selamat tidur juga kekasih gelapku…

“Sesungguhnya mereka digelar muttaqin kerana mereka memelihara diri mereka daripada apa yang tidak ditakuti oleh orang lain…”

Friday, February 20, 2004

Wheel of ForTunE

at Semarak plak today, menyambung tugas mulia mendidik anak anak bangsa ttg product aku yg tak seberapa ni. Tekok yg cakit sekali lagi menjadi isu utama di sini, so aku cukup kagum ngan cikgu cikgi yg dah bertahun tahun ngaja tu.

um.. hari ni kita berbicara ttg kehidupan dan roda. Terasa down sebenornye ngan diri sendiri. Kalau korang nak tau, sejak dari kecikkk laie aku dah terima byk success. Tapayah aku cerita kat sini, so just to summarize, i'm the best in everything. Tapi, slowly, the winning streak become slower and slower...and stopped.

People say life is like a wheel. Kekadang kita kat atas, and somehow later kita will go down. Tapi in my case, aku terasa, dalam betul aku jatuh..and susah nak naik balik. Byk btul dosa aku disisi DIA + disisi manusia:(

walaupun ini cuma blog
aku masih memohon dari MU
Ampunkan dosaku
dan dosa dosa org yg aku sayangi
dan dosa dosa org yg menyayangi aku
dan dosa dosa muslimin muslimat, mukminin mukminat


"..stories give people hope.."

Jem

pulang ke ofis kembali. Terasa sense of belonging, that warmth and kindlinesss bila kita kembali ke asal, tracing back to our very own root.

ntah kenapa..aku tertidur awal harini. Terbangun lak kui 3 pagi, aku rasa patut pi jumpa DIa pastu lepak sat ngan korang lak kat sini. Byk gak yg aku mintak tadi, tak padan langsung ngan apa yg aku bagi. Isk.

Hmm..Sok pagi, aku dan ramai lagi bakal menyongsong arus kereta berhambatan di jalan-jalan KL sambil makan encik 'jem'.

Sok pagi gak lagi ramai manusia bakal berebut mendaki tangga bas+LRT, bergesel dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

Semuanya mengejar duniawi. Terasa betapa kering & tandusnya waktu & masa untuk bertafakur dan muhasabah diri. Sedang mati boleh menjemput kita dalam keadaan kita langsung tak bersedia.

So true, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian..

The ENd. Sekadar mahu berkongsi satu pandangan yg tiba tiba datang mengejut dalam fikiran aku. Oh ya, imam? Berat sungguh tanggungjawab tu..rase tak tertanggung bahu ni..huu.. bile eh..insyaAllah..not that long from now kite leh solat sama sama ek :)

"i've heard this life is over-rated,
but i hope it gets better as we go..
"

Thursday, February 19, 2004

straight from THE heart

another day @Brickfields. Things look better right now, though aku terasa penat gilos. But there's still too much to be done before launch. huu...

plus another fruitful chat today (rujuk Feb 13 huhu, tp aku suka tul sesi camni, making today something to cherish for). Learnt to give. Cam pernah aku cakap dulu (tapi bukan kat sini), there are some things worth waiting for. Admitted, bila kita menghargai sesuatu, kita takut akan kehilangannya. Stuju.full stop.

Tapi kadang-kadang gak, sesuatu perlukan pengorbanan. People say life is all about sharing. And sharing demands sacrifice. Btul, terlalu banyak cita cita kite yg sama. Tapi aku still lemah utk mencapai cita cita tu, sedang dia lak mampu pergi lebih jauh.. So i say, why not if it is for our very own benefits both here and hereafter?

Aku mmg ada byk impian. Tapi, cam korang tahu, aku selalunya simpan jauh-jauh. Bagi aku, relationship is all about memberi ruang dan peluang. (heh, ironinya, paragraph ni penuh dgn 'aku', so self-centric). Cuma aku kesal skit kut dgn diri sendiri. Ntahlah. whateve.

Kui 12:10am. By the way, mungkin satu hari nanti lagu feveret aku akan jadi kenyataan.

Wednesday, February 18, 2004

Character

at Semarak today, menjadi cikgu utk kesekian kalinya. 6 sessions beb.. pedih anok tekok huhu. Miss lunch laie.

Um, aku rase baper ramai dah staff CRM knai aku. Bahaya woo, kang ade je customer complaint, aku la makhluk feveret utk dikontek. Abeh ler..

Tadi i had a good sms chat. Seriously, I have to give a good thought 'bout future family. So many variables to consider. So much to do. So little time. God, just a little help..

Commitments. For such a big word, it demands character. To admit that we're afraid that we'll screw up might be a laughable matter to some of you out there. But i dare not to laugh. This is anak orang we're talking about, and u better not to mess around.

Another good plan is what i need. Plus a little luck and patience. Ups, timing also. Uh uh, see, byk already.

Dah kui 12:15 pagi dah ni.Hemm...

Monday, February 16, 2004

Phat

Aku ingatkan sabtu haritu cukup emo dah.

Pagi tadi pi wat medical cek-up, HR yg tak best tu bagi lewat gilos tapi nak kite submit cepat aje. Pi lak KWSP mintak penyata. Situ dah teruji dah kesabaran aku.

Sampai ofis lak, produk aku yg tak brape hensem ni stillllll tak tersetel-setel technical problem dia, membuatkan aku tensi kerana tak mampu berbuat apa apa. Marketing dah bising nak launch cecepat. Behtu, aku soh derang jela yg buat sendiri haha!

Emo emo.

Padahal quote feveret saya is "emo emo bleh blah".

Semalam for the 1st time aku dapat dgr lagu baru Raihan, "Allahu" dalam bahasa Urdu(erk?). Walaupun aku tak faham senikatanya, tapi aku cukup paham niat dan melodinya. Korang leh bayang tak, setiap ketukan percussions tu umpama mengetuk hati hati manusia utk kembali. B4 tulis lirik lak, semayang sunat dua rakaat, bior apa yg dilafaz masuk direct kat jiwa yg still mencari happiness abadi .

"Mama told me
stop complaining too much
so I will"


p/s: Too Phat pun leh nasyid beb.

Saturday, February 14, 2004

Emo

Sedikit emo (byk sebenornye) di pagi hari ni, walaupun kununnya hari ni Valentine's Day (whateve). Nak tau nape? Sbb keje keje aku kat Brickfield abeh kena kaco dek Network Dpmt yg dengan hensemnya upgrade encik firewall without bagitau semua orang dulu. Mmg la niat diorang telus lagi murni, tapi cube la bagitau dulu.Argh!

Hari ni gak suppose to be a happy day coz finally i got the letter from co. Tapi dah i'm stuck at Brickfield ni dalam keadaan sia sia, bil makna aku takleh terima laie surat tu, plus still bengang ngan org Network sampai skang, so...argh gak!

Heh, walaupun tiada komen ttg perkara ni, tapi aku sendiri dapat merasakan terlalu banyak '-ve ion' kat sini. Baru 3 catatan, tapi seems that I've been so negative about life i'm living. Suddenly, semalam sebelom tedo, aku 'ter'buka satu buku yg ditulis oleh seorang sami Buddha..

"In this world, everyone has problem. But having problem doesn't stop us to find happiness."

Jum cari jum!

p/s: weekend ni great double derbies FA Cup 5th round.. maybe ada happiness kat situ kut

Friday, February 13, 2004

Ujian

"Dan apabila manusia itu diuji
oleh Tuhannya melalui kehidupan, maka
barulah dia sedar samada dia itu
intan atau kaca. Dunia mungkin tidak
sedar kerana hakikatnya dunia
hanyalah pentas kehidupan. Tetapi
manusia itu sendiri tahu dan dia tahu
yang Tuhan pun tahu..."

Cukup sesuai untuk menggambarkan siapa aku semalam. J.M Aziz memang insan istimewa. Kelmarin, seseorang pernah menyatakan kepada aku "..tidak semua yang dapat merasainya". Fair enough, walaupun aku kecewa kerana tak mampu merasainya, sbb tahap iman seseorang itu cukup berbeza, dan Tuhan itu Maha Adil. Ok. Fine.

Semalam juga, aku ditembak bertalu talu dengan soalan cepumas "Bila nak walimah?" dari satu sumber yg cukup tak disangka sangka, even dia pun barely knew me that much. So unexpected, that i'm speechless. Satu satunya ayat yg agak bijak untuk aku defend diri sendiri yg terkeluar dari otak aku adalah "Which one is better, to do it fast, or to do it right?" . Korang tau apa dia jawab?

"Well, of course to do it right. But to do it right, make sure the path you are going now is correct enough. Dok chatting je dari undergrad lagi, tak kemana. "

Betul jugak kan.

Thursday, February 12, 2004

TouchDown

Seperti semua insan yg sedang ku kenali punyai coretan sebegini, membuatkan aku tak mahu dan tak mampu utk ketinggalan keretapi. Akan tetapi, kira Pak Turutkah aku??

Semalam seseorang telah membuatkan aku semakin tak suka diriku sendiri.