Bayangkan kau berada di sisi Rasulullah di saat baginda hampir pergi buat selamanya. Kau menerima wasiat terakhir untuk menghantar Usamah b. Zaid, 17, mengetuai bala tentera berperang dgn kaum Byzantine( Gladiator, Troy, advanced technology) di Syria nun jauh di sana. Usamah mmg tentera yg handal, tapi belum pernah lagi mengetuai satu bala tentera Islam. Manakala pada peperangan sebelum ini, bapanya Zaid b. Harithah, jauh lebih berpengalaman, telah terbunuh di negeri yg sama menentang musuh yang sama.
Wafatnya baginda pula, menandakan kemunculan golongan munafiqun dan nabi palsu yg selama ini berpura pura. Kaum Ansar pula telahpun memulakan mesyuarat memilih khalifah baru tanpa kaum Quraisy menyedarinya. Bersama membawa kesedihan, kau pergi untuk memastikan calon terbaik mesti dipilih. Tapi, selepas perbincangan, kau pula yg dipilih. Khalifah Rasulillah. Pengganti baginda. Tapi kau belum menerima bai’ah dari jazirah Arab sebagaimana Rasulullah menerimanya dan berjaya menyatukan semua kaum, muslim ataupun tidak.
Keputusan perlu dibuat. Semua mata dan telinga menanti keputusan yg bakal dibuat olehmu berkenaan Usamah, nabi palsu dan golongan munafiq. Ekonomimu juga tergugat kerana keengganan membayar zakat. Andai tersilap langkah, terutamanya hal Usamah, maka kewibawaanmu hancur, dan tiada siapa akan mempedulikan arahanmu lagi. Kekuatan tentera tidak cukup untuk memerangi 1. nabi palsu & pengikut 2. golongan munafiq 3. golongan yg enggan membayar zakat dgn serentak. Sahabat baikmu pula sering berselisih pendapat ttg cara menghadapinya.
Dan semua ini, perlu kau hadapi tanpa turunnya wahyu dari Allah direct untukmu. Kau hanya manusia biasa. Dan tiada pula SMS di zaman itu.
Sesuatu perlu dilakukan…
Well, a taste of how exciting and meaningful was my class yesterday. Membaca kisah dari text asal. Mendengar dan mengkaji satu ucapan pertama dari insan biasa yang masih bersedih, tapi perlu deliver a manifesto yg cukup baik untuk menerangkan fungsi asas khalifah rasulillah, dan bersedia menghadapi segala onak duri kepimpinan. Melihat sirah dari satu lagi perspektif yang lain dari yg lain, dan bukan hanya menghafal untuk menjawab soalan SPM.
Tu blom dgr konklusi laie. Jgn cuba memberi alasan bahawa, "Ala, sahabat bolehla, Rasul ada dgn derang. Iman derang kuat, senangla". Alasan koman utk aku cuba membandingkan iman dan amalku ngan para sahabah. Sedang mereka juga penuh kelemahan seorang manusia biasa. Buat kesalahan. Penuh emosi. Penuh konflik.
Kena sebijik kat batang idung (seb baik ada idung). Anyway, tak sabar nak tunggu 1 July lak. Till then, bye.