Friday, February 25, 2005

nasyid

Ingin berkongsi beberape link best for nasyid. Lately aku suka sgt dgr nasyid2 lama (stock zaman f1-f5 dolu), in which these streaming servers do provides together with the contemporary ones. Moreover, nasyid omputih pun ada cam Yusuf Islam, Zain Bhikha etc, in which bak kata sorang member aku "..lagi betul konsep nasyidnya dari yg kat Malaysia".

hehe mmg btul pon. segala pop, jazz, world music suma dah terbalik tonggang dah la nih.

Click here for streaming radio untuk various nasyids hosted kat Jepun lagi tu. (korang siap bleh dgr azan solat ikut waktu Jepun)

And for streaming all the oldies, percussion and harmony based nasyids from the good 'ol school, plus the omputih's nasheed, do click here and search for nasyid link somewhere there.

Aku jumpa gak site ni yg aku rasa punyai a rich collection of nasyid lyrics, especially yg lama2. Nape? Sbb aku bleh jumpa Shoutul Jihad dalam tu hahahaha. Susah nak caya, hehe.

"Berhibur tiada salahnya # kerna hiburan itu indah # hanya pabila salah memilihnya # membuat kita jadi bersalah"
                                                                                                                       ~Raihan~

Tuesday, February 22, 2005

ooOOOoo

A hingga Z, hanya O yang tulus dan telus
sebut dan bacanya sama meski nampak kosong

                                                                                             -Abdul Hadi Yusoff-

ooOOoo00oo.

A'a kan. yang lain byk belit putarnya. terkadang tak jujur, siap bleh nyuruk lak tu. cthnya 'hour' yang menyuruk h nya dibelakang o dlm sebutnya. Hampeh sungguh. ha nengok, o jugak yg jujur.

Marilah mencontohi encik O. Selalunya jujur, simetri, tulus dan telus

meski nampak kosong dan agak bulat.

Friday, February 18, 2005

kapal

Di sebuah pelabuhan…

“Kau nampak kapal tu? Apa yang kau tahu pasal kapal?”

....

“Kapal itu simbol kebebasan dan keberanian. Tapi ada lagi yang lebih penting. Kapal selamat berada di pelabuhan, tetapi bukankah kapal dibuat untuk meredah lautan?”

“Jika kau rasakan dirimu sinonim dengan kapal, engkau patut berlayar, bukan berlabuh.”


Dari satu cerpen yang aku dah lupa tajuknya. Aku nak jadi kapal, tapi masih belum mampu. Sampai bila, aku pun tak tahu.

Tapi satu hari nanti aku mahu pergi. Dan aku akan berusaha untuk itu.

Monday, February 14, 2005

pergi takkan kembali

Back for good it seems. Perubahan diperlukan tahun baru ini.

Nak tahu? Betapa kadangkala kematian mampu memberi kehidupan yang lebih baik. Benarlah kata kata sahabatku itu. Mungkin orang takkan faham apa yang aku rasai. Terima kasih atas ujian dan nikmat ini. Moga aku diberi kekuatan untuk istiqamah hingga sampai satu masa aku pula yg pergi.

Ampunkan dosa-dosaku, kedua ibu-bapaku, nendaku, dan org-org yg aku sayangi. Terlalu byk yg ku minta, tapi tiada yg lain selain Engkau, Maha Pengampun segala dosa, disengaja atau tiada.

"..meskipun pada mata manusia tidak
menyerlahkan keadilannya, namun 'kebaikan'
yang tersembunyi terlalu besar untuk
difahami begitu sahaja.."