Tuesday, June 28, 2005

what it takes..

erk..

tak lama dah nih. cuak cuak. lama dah tak rasa cuak camnih. dunno whether i still have what it takes. Makan tahun dah since the last time.

yah yah yah.

Monday, June 13, 2005

karangan

setelah 2 bulan berlalu, maka tibalah surat arahan tunjuk sebab itu, menyatakan kehilangan laptop syarikat merupakan satu kesalahan BERATTT dan boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut Fasal 6.1.1 Terma dan Syarat Perkhidmatan Pegawai Eksekutif TM Net.

6.1.1: " Syarikat akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mana mana Pegawai yang didapati tidak cekap atau melakukan sebarang salahlaku yang bertentangan dengan mana mana peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarikat."

Dahla perap lama, ada 3 hari je nak reply. Tolak sabtu ahad, 1 hari jek. Maka segala skil karangan BM nan lalu terpaksa digali semula. Nengok that clause against me. Ntahla, lawan pun tak guna sbb it's a general clause. So, bagi jela sebab sebab yang termampu.

The irony was here: my superiors asked me to bluff, manipulate things up. Report to the police that there was knife at my neck, and I could do nothing but to surrender the laptop. I laughed (of course secretly), and I opted to tell the truth. After all, honesty is the best policy.

Then by implication, if I am punished because I tell the truth, will it then be better to tell lies then? Save your pocket and your disciplinary record? And yeah, your a** too.

Only God knows why.

Wednesday, June 08, 2005

marathon

nyehehe seb baik tak pusing satu malaya. Marathon kendurik last weekend. Sempat la sampai ke Afzam+Nurul Aini@ Selayang, Dollah+wife & Naim+Sue @ Kajang, and of course Syah the celeb+Ida @ Seremban. By the time kat S'ban, mmg In -Team Event Management dah bungkus2 dah nak kemas khemah huhu. Amir laie teruk, kui 5 baru sampai & dapat makan lauk pengantin. Hampeh.

Apapun, tahniah diucapkan kerana semuanya selamat. Moga kalian berbahagia dunia wal akhirat. Byk lagi majlis lain yg aku tak dapat datang, maaf dipinta sbb mlm tu ada kenduri arwah pulak kat umah.

Sebuah sajak lama, pernah aku beri sebagai hadiah to my best friend and his future wife masa tu. Couple this poem with a Quran for him and a sejadah for her, and i think it's a good combination. Walaupun bukan aku yang karang, aku tujukan jugak la kat suma yang dah selamats. A gift.

Sehelai Sejadah

Selamat pengantin baru temanku
sudahkah menerima pemberianku
sehelai sejadah sebaris madah
buat pengalas solat pertama
berimamkan suami tercinta
carilah keredhaan Ilahi
di malam hari
di atas kesuciannya
langkah pertama hidup berkeluarga

Ia tidaklah semahal set pinggan Melanin
atau sehebat koleksi kristal yang kau simpan
namun amat berharga untuk ketenangan jiwa
tatkala sujud pada-NYA

Hidup barumu akan dipenuhi keberkatan
permulaan hamparan kebahagiaan
ikatan dua hati dengan kasih sejati

                                                    NORZAINI HUSSIN, Terengganu