Monday, February 06, 2006

hijrah

Sebelah kiri dewan dapat 43.6%. Sebelah kanan di mana kami duduk, dapat 50% markah. Kena usaha lagi...

Kat UKM Bangi minggu lepas diadakan konsert sempena Islamic Festival (i-Fest). Raihan, In-Team and few others. Pertama kali nengok konsert nasyid dapat duduk bahagian "family" :) Ayang & adik ipar turut menemani.

Tapi memang best setelah sekian lama tak meremang bulu roma nih dengar mesej yg nak disampaikan. Raihan of course, steal the limelight, walaupun semua yg dinyanyikan cuma lagu-lagu lama. Yang menarik, pure live ok! termasuk la percussion mantap dari ASK (feewit!), tak main la miming/minus one/drum machine. In-team tak kurang hebatnya, semuanya lagu-lagu baru dan boleh tahan.

Tertarik ngan komen yang Raihan buat terhadap penonton. Beza antara penonton nasyid Malaysia dengan overseas (mind you, setiap bulan dalam kalendar 2005 & 2006 Raihan pegi oversea skang (London, Johannesburg, Indonesia, Russia, etc, Siti pun tak camtu beb). Raihan cakap, kalau kat sana, bila dengar Raihan nyanyi, penonton ikut nyanyi sekali kuat kuat. Kemudian, kalau start dan selesai satu lagu, depa tepuk tangan dengan semangatnya (waima ada khilaf). Aku seperti faham apa yg mereka nak sampaikan. Seperti dapat rasa apa yang Raihan rasa. Semacam bumi di luar sana lebih menghargai apa yg diperjuangkan. The demand for pure nasyid out there is genuine. Mereka dahagakan seni indah ini.

Dulu mungkin lain. 600,000++ unit album pertama mereka terjual bukan main main. Bukti kukuh nasyid pasca-Arqam boleh menembusi halwa telinga dengan mudah. Tapi sekarang situasi agak berbeza. Terlalu banyak "kumpulan nasyid" yang tumbuh dengan identiti & muzik tersendiri, dengan pelbagai gaya, kononnya untuk cater pelbagai lapisan masyarakat. Aku tak salahkan mereka. Yang penting mesej. Itu yang membezakan nasyid dengan segala yang lain.

Tersentak ngan teguran itu, penonton-penonton kat depan & tepi aku yg pada mulanya dok toleh nengok aku sebab aku nyanyi sama-sama, pun dah ikut serta. Dewan konvo UKM bergema semula. Jauh dari niat mengagungkan Raihan, apa yang aku agungkan adalah usaha mereka: dakwah Islamiah melalui seni. Mungkin ada khilaf, salah dan silapnya, tapi sekurang-kurangnya mereka berusaha. Kita?

hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah ini menuju Allah..

5 Comments:

Blogger rumet said...

tu laa ko kene berhijrah mizie...
contoh badminton laa... ko kene hijrah dari kalah ngan aku kepada kene belasah ngan aku.. muahahhahaha

7:47 AM, February 07, 2006  
Blogger Farul said...

diorang toleh tengok ko sebab tau ko nyanyi lirik salah.

"apa si Yasin ni nyanyi ikut style dia," kedengaran desas-desus orang ramai. "dah la potong rambut pendek balik, tak hensem pulak tu,"

Maka ramai yang turut sama menyumbangkan suara. Nun di atas pentas, Pak Nazrey mengesat air mata.

11:43 AM, February 08, 2006  
Blogger Farul said...

who were the few others anyway?

11:55 AM, February 08, 2006  
Blogger tm nut said...

hampehhh
um nama nama kecik je, firasat inzaal, ras, devotees ngan grup nasyid UKM sendirik. Layannnn

11:17 PM, February 08, 2006  
Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY! Milfs in upskirt

11:01 PM, February 21, 2007  

Post a Comment

<< Home