9:00 malam, baru usai dinner dengan ayang sambil menganalisa buletin utama. Kata-kata Presiden Denmark yang memaklumkan dunia bahawa dia baru dihubungi oleh Presiden Bush, menyatakan sokongan terhadap kempen anti-keganasan yang sedang dialami oleh semua konsulat diplomatiknya di seluruh dunia seolah menyimbah minyak petrol gred tertinggi ke atas api yang telah lama terlalu marak berapi.
Maaf? Jauh sekali.
Tak sudah dengan Palestin & Aqsa, Afghanistan, Iran, Iraq dan lain-lain, yang terbatas sempadan geografi kemusnahannya. Kartun ini umpama mencabar seluruh dunia Islam.
Aku terhidu perang makin hampir. Kiamat? Mungkin. WMD ada di mana-mana.
Bersediakah kita tinggalkan segalanya, dan sahut seruan jihad bila tiba waktunya? Isteri tersayang, ibu ayah tercinta, adik-adik sahabat handai & saudara. Berguna lagi kah akaun KWSP,Maybank & BCB yang tak seberapa, hutang kereta 1.5l, kad kredit guna buat hutang bergaya. Kawan-kawanku yang baru menimang cahaya mata pertama dan kedua. Tak lupa yang dah beli rumah tapi yang terpacak baru hanya tiang serinya sahaja. Yang belum kahwin. Yang dah pergi haji?
Sempat ke generasi dumex dugro ini membesar?
To let go? Kerja di Premier Internet Service Provider? Tiada lagi badminton hujung minggu? Pool, snuker & futsal? Hoya-hoya birthday? Sempat ke main PS3 atau jejak rumah baru atas duit titik peluh sendiri? Atau cita-cita nak buka hotel dan bisnes sendiri? Atau naiktaraf kerja jadi CCIE, or even HelpDesk regional Shell with RM300/hour?
Hidup di Kuala Lumpur
dosa pahala bercampur..
Akibat perang tak usah dicerita. Peta berubah. Ekonomi berubah. Tidak ada apa yang serupa seperti dulu lagi. Kita di Malaysia, generasi ini, tidak biasa dengan keadaan itu. Mungkin hidup terlalu sukar dan mati jadi jalan paling mudah (buat yang tidak kuat semangatnya, seperti aku dan kau). Tanyalah nek wan zaman duit pisang. Dia lebih mengerti. Dan dia sendiri telah pergi dari sisi, tanpa sempat aku cuba menyelami.
Tidak sukar untuk memulakannya. Bermula dengan kartun. Oh bukan, segala telah lama bermula, dan diburukkan lagi dengan risalah ini. Bangkitnya rusuhan dan protes umat Islam. Kemudian ada pihak luar yang langsung tidak ada kaitan dengan Islam, mula membedil kedutaan Eropah. Pakai serban itam tunggang terbalik, simpan jambang sikit, TARAA! pi buat suprise kat pejabat Lego. Amerika dan sekutunya, tanpa perlu menyiasat lagi, tuding ke arah Islam, dan mula menekan menggunakan sekatan ekonomi. You calculate the rest.
Avalanche is inevitable. Semuanya kerana seorang kartunis bodoh atas nama kebebasan bersuara.
Banyak lagi yang mengalir di kotak minda ini, tetapi mental block ini terlalu tebal. Dan seperti kau, aku terlalu takut memikirkan kemungkinannya.
Sementara itu, di kaca flat screen 25" itu, Mei Ling (Angelina Tan) dalam Senario pula sedang claim dekat Shamsul Ghau Ghau yang dia kini hidup sebatang kera? eh sekangkang kera?
Bersedia atau tidak, kita wajib menyahutnya, apa kala seruan itu tiba, period
dan aku belum isya' lagi.